GAME KICKS OFF IN - 22 AUGUST 2026

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

THUNDERCATS CUP 1.0

Thundercats Cup 1.0 merupakan kejohanan bola sepak akar umbi anjuran Bukit Kuching Football Club yang memberi peluang kepada pemain muda untuk bertanding dalam persekitaran yang positif, tersusun dan kompetitif.

Kejohanan ini bukan sahaja mencari pemenang, tetapi membina keyakinan, disiplin, semangat berpasukan dan pengalaman pertandingan yang bermakna untuk setiap pemain.

U8

10 PEMAIN

U10

12 PEMAIN

U12

15 PEMAIN

MISI KAMI

Platform untuk semua!

Mewujudkan platform pertandingan berkualiti yang membantu perkembangan pemain muda, jurulatih, akademi dan komuniti bola sepak akar umbi.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun infopek THUNDERCATS CUP dibawah.

Format Pertandingan & Yuran Penyertaan

Syarat Penyertaan

Kelayakan Pemain

Semua pemain hendaklah memenuhi syarat kategori umur yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur. Penganjur berhak membuat semakan terhadap identiti dan kelayakan pemain pada bila-bila masa. Sebarang maklumat atau dokumen palsu, mengelirukan atau tidak tepat boleh menyebabkan pemain atau pasukan dibatalkan penyertaan serta-merta.

Ketepatan Maklumat Pemain

Nama, nombor kad pengenalan, nombor MyKid, nombor pasport atau butiran pengenalan lain yang dikemukakan semasa pendaftaran hendaklah sama seperti yang tertera pada dokumen pengenalan rasmi pemain.

Tarikh Tutup Pendaftaran Pemain

Penambahan pemain hanya dibenarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran rasmi yang ditetapkan oleh pihak Penganjur. Sebarang penambahan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima kecuali dengan kelulusan bertulis daripada pihak Penganjur.

Pertukaran Pemain

Setelah senarai rasmi pemain disemak dan diluluskan, sebarang permohonan untuk menggantikan pemain hendaklah dikemukakan kepada pihak Penganjur untuk kelulusan. Kelulusan adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara pihak Penganjur.

Peraturan, Tatatertib dan Semangat Kesukanan

Semua pemain, jurulatih, pegawai pasukan, ibu bapa, penjaga dan penyokong hendaklah mematuhi semua peraturan dan ketetapan THUNDERCATS CUP. Semua pihak hendaklah menunjukkan semangat kesukanan serta menghormati keputusan pengadil, pegawai perlawanan dan pihak Penganjur pada setiap masa.

Tindakan Tatatertib

Pihak Penganjur berhak mengeluarkan amaran, mengarahkan mana-mana individu meninggalkan venue, menggantung pemain atau pegawai pasukan, atau membatalkan penyertaan sesebuah pasukan sekiranya berlaku salah laku, pergaduhan, keganasan, kata-kata kesat, pelanggaran serius peraturan atau tindakan yang boleh mengganggu kelancaran kejohanan.

Bantuan Perubatan dan Tanggungjawab

Bantuan pertolongan cemas asas akan disediakan sepanjang hari perlawanan. Sebarang pemeriksaan, rawatan lanjut, kemasukan ke hospital, pengangkutan kecemasan atau kos perubatan berkaitan hendaklah ditanggung oleh pasukan, pemain, ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Risiko dan Tanggungjawab Peribadi

Penyertaan dalam kejohanan ini adalah atas risiko peserta sendiri. Setiap pasukan bertanggungjawab memastikan semua pemain yang didaftarkan berada dalam keadaan sihat, cergas dan sesuai untuk menyertai aktiviti bola sepak kompetitif.

Barangan Peribadi

Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kecurian atau kerosakan barangan peribadi, peralatan atau barang berharga yang dibawa ke venue kejohanan.

Jadual dan Format Kejohanan

Pihak Penganjur berhak meminda jadual perlawanan, venue, susunan kategori umur, format pertandingan, tempoh permainan atau perkara lain berkaitan kejohanan sekiranya perlu atas faktor operasi, keselamatan, cuaca atau keadaan luar jangka.

Yuran Pendaftaran

Semua yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum tarikh akhir pembayaran yang ditetapkan. Pasukan yang mempunyai tunggakan bayaran boleh dibatalkan pendaftaran atau tidak dibenarkan menyertai kejohanan. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan kecuali atas keputusan pihak Penganjur.

Kebenaran Fotografi dan Media

Dengan menyertai kejohanan ini, pemain, pegawai pasukan, ibu bapa, penjaga dan penyokong memahami bahawa gambar dan rakaman video mungkin diambil sepanjang acara berlangsung. Pihak Penganjur berhak menggunakan bahan tersebut bagi tujuan dokumentasi, publisiti, promosi dan media sosial berkaitan kejohanan.

Kuasa Muktamad Penganjur

Sebarang perkara yang tidak dinyatakan secara khusus dalam syarat ini akan diputuskan oleh pihak Penganjur. Semua keputusan pihak Penganjur berkaitan pengurusan kejohanan, kelayakan pemain, jadual perlawanan dan tindakan tatatertib adalah muktamad.

Venue Pertandingan

Sponsors

Terima Kasih kepada Penaja Kami

Hubungi Kami

Join

Register to PLAY!